Gaji, Survival & Tanggungjawab...

Kadang2 kepenatan sentiasa menghantui dunia pekerjaan, sentiasa berfikir tentang hendak berhenti kerja., mencari pekerjaan lain atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi....

Adakala faktor kewangan menjadi batasan segala-galanya, YA bukan mudah untuk berhenti kerja bilamana kita punyai tanggung jawab. Tanggung jawab bukan bermakna ada keleuarga, berkahwin semata-mata. Tanggungjawab bermakna ada perkara yang perlu dijaga.

Survival & Gaji sangat2 bersangkut paut.. Mana bisa survive tanpa gaji yang baik.. Gaji baik bukan bermakna tinggi atau bermewah-mewahan. Gaji yang baik dinilai dari aspek perbelanjaan yang baik serta simpanan yang tetap dilakukan setiap bulan...

Pengalaman Vs Gaji?
Mana yang lagi penting? Dulu diawal graduate...kita selalu cakap......"takpe, cari pengalaman dulu"..... Namun selepas 6 bulan bekerja, adakah cukup sekadar pengalaman? Gaji?Simple answer...NO!

Kerja yang banyak seharus dibayar dengan gaji yang setimpal....
Tanggung jawab yang banyak dalam pekerjaan, seharusnya dizahirkn dengan kualiti kerja yang bagus.....

Memiliki sesuatu yang baik, bukan diukur dari kebaikan "objek" tersebut.. Namun dinilai sejauh mana kebaikan itu digunakan untuk kebaikan yang lain....

Ilal Liqa'..

posted under | 0 Comments

Shaiful Suliman

1. Penyabar
2. Peramah
3. Kemarahan yang seketika (jika ada)
4. Suke politik (dulu) Skrg? Penat ar nk pikir...
5. Sentiasa cool dalam keje...
6. Kuat kerja
7. kuat tido (jika ada peluang)
8. Suke tgk wayang
9. Suke berjalan....
10.Mewarisi sifat demokrasi (hehe)

Ada bantahan?

posted under | 2 Comments

Project Site Engineer

Apakah pekerjaan ini?

1. Monitor Site Job
2. Attend site progrees meeting
3. Layan complaint dr customers
4. solve problems
5. Schedule for project
6. Meet consultant

Ini je ker?rasa cam banyak je lagi keje aku...
flow dia mcm ni..

1. jumpa consultant (untuk dapatkan maklumat projek)
2. jumpa main contractor (untuk masuk tender)
3. Submission dokumen untuk project
4. Dapat project
5. Presentation in front of JKR
6. dapat drawing
7. Buat schedule untuk project
8. Start job
9. Monitor worker, make arrangement to start job
10. site daily report
11. Site weekly report
12. Weekly Site Meeting
13. Solve problem is exist
14. Calculation area for claims (supposely QS job)
15. Submission of claims to main contractor
16. Follow up claims
17. Dapat Claims,
Ulang 1-17

Best? Sendiri mau ingat la..haha

posted under | 0 Comments

Ku rindui bidang ku...

Semoga aku dpt kembali ke bidang aku secepat mungkin.....

Penat? Bukan menjadi suatu persoalan yg utama,

Aku akui bahawa ijazah sarjana muda kejuruteraan hanyalah suatu kelayakan untuk membolehkn kita mendapat pekerjaan.... tapi sejauh mana ia digunakan dlm pekerjaan kita? Adakah penggunaan ia dinilai dr berapa kerap kita membuka buku thermo dynamic, unit operation, chemical engineering or segala jenis buku yg berkaitan dgn pengkhususan kita? jawapannya tidak....

Bulan ini merupakan bulan ke-5 aku didalam construction field as a project engineer or site engineer......
Suatu pendedahan yg sgt baru dlm kamus ku sbg gas engineer or chemical engineer.....
Mungkin aku bukan didalam industri petrochemical or gas industry, tetapi adakah ia bermakna aku tdk mengamalkn ilmu kejuruteraan?

Pensyarah aku pernah bercakap bhw chemical engineering adalah tunjang kpd semua engineering.. betul?Salah? Terpulang..
Pandangan aku mengatakn bahawa diri kita sebenarnya tunjang kpd bidang kejuruteraan ini. Pembelajaran bukan hanya diwaktu universiti...Tapi di alam pekerjaan kita masih belajar. Bezanya kita belajar untuk menyesuaikan diri bagi menyelesaikan mslh kejuruteraan yg diberi pada kita.

Kita bukan seperti apa yg org pandang kepada kita, tetapi kita adalah sejauh mana kita memandang diri kita. Agak kerap kali org bertanya, kenapa tidak ke oil & gas industry?Belum ada rezki..simple answer...haha...

Cuba untuk belajar sesuatu yang baru, dalam masa yg sama mencari peluang baru..
Tidak perlu berputus asa, tidak perlu berpuas hati dgn apa yg ada.....

posted under | 1 Comments

Niat hati ku..

Assalamualaikum semua...

Sgt2 lama tak update blog, mayb terfikir nk berhenti menjadi blogger..kalau tidak aktif buat apa ada blog kn?

Tapi kadang2 perlu, untuk berkongsi sesuatu dgn pembaca, bukan untuk melebarkn pemahaman ttg politik, atau apa shaja yg mampu memecah belahkn bagi org yg tidak faham. Sekadar untuk berkongsi, bercerita & berbahas secara ilmiah jika mampu.

kehidupan kini sgt jauh berbeza, jika dibandingkn dengan zaman belajar. Tanggung jawab, suasana kehidupan@life, cabaran & pengalaman baru yg sentiasa diperolehi hari ke hari, masa demi masa telah merubah segala-galanya. Andai ingin diundurkn ke masa lalu, pasti ia suatu yg sgt sia2, kerna kehidupan ini untuk maju kehadapan & bukan menoleh ke belakang.

Apa yg perlu dilakukan ialah terus kuat, terus maju & terus tabah. Tidak semua yg kita gambarkn itu indah, kadang2 ia lebih manis dgn kehadiran cabaran.

aku akan terus menjadi penulis blog, jika bukan untuk org lain, biarlah ia menjadi suatu diari kehidupan ku... insyaAllah.

posted under | 0 Comments

Masalah dgn manusia tetapi tiada penyelesaian?

Menghadapi masalah dlm perhubungan sosial adalah perkara yg normal dlm kehidupan manusia...

Masalah dengan rakan serumah, ofis mate, masalah dgn bos....it's normal..
but how to solve this kind of problems?
it's simple?complicated? who's decide? who's gonna change?

People always talk about problems,problems,problems.....
Where is solution?NO.. Why? complicated....Why? always judge people in negative perspective..

RULES NO.1

You have to find the cause of problems to solve it. Not to blame anyone. Make it professional.

RULES NO.2

Change yourself.

Weih...penat tulis dlm english nie..haha..susah tul nk explain...

posted under | 0 Comments

Kerja..kerja....kerja... Sampai bila nk abis ek?

Dulu waktu belajar nk cepat2 keje...dh bosan belajar...
tp bila dh keje..bila la nk cuti..
penat la kerja...
pastu kalau cuti, bila la nk abis cuti...
bosan tul tk buat pape kn?

Waaaa..ini lah kitaran normal sebenarnya...
Yela, kadang2 kita tk pernah puas dgn apa yg kita miliki, bagus ke tak?

Bagus....ia akan membuatkn kita mencari jalan yg lebih baik dlm mencapai kepuasan.
Orang yg mudah puas dgn apa yg dimiliki tdk akan maju ke hadapan,
malah akan sentiasa berada di takuk yg lama. Takut untuk berubah. Namun sejauh mana kita harus berubah?

Adakah setiap perkara harus diubah semudahnya?
Yang paling penting, KENAPA KITA INGIN BERUBAH...

1. Bosan dengan apa yg kita miliki
2. punyai peluang yang lebih baik
3. Tidak mampu bertahan dgn cabaran yg dihadapi

Ini perkara yg normal dlm bidang pekerjaan yg akan membuatkn kita melakukan perubahan. Namun setiap perubahan harus pertimbangkn perkara ini:

1. Berapa lama mampu bertahan dgn perubahan tersebut?
2. Adakah peluang yg ada untuk perubahan itu betul2 akan menguntungkn kita?atau sekadar Keluar kandang harimau masuk lembah buaya?
3. Adakah cabaran yg sedia ada tidak akan dialami lagi?

SIMPLE..............

Bila kamu membuat keputusan kepada sesuatu yg baru, pastikan bahawa kamu benar2 tahu apa tujuan kamu. Tekadkn hati mu serta bertawakkal & istiqamah dlm keputusan mu.

Jika kau inginkan sesuatu dengan hati yg bersih, maka seluruh dunia akan berkompromi untuk penuhi impianmu itu.

Cabaran sentiasa ada dlm setiap pekerjaan. Hadapi cabaran dgn strategi & pendekatan terbaik. Melarikan diri dr menghadapi cabaran tidak akan mematangkan mu.

posted under | 0 Comments

Apakah segalanya itu bermula dr dulu lg?

Tajuk dh gempak..tp apakah motif sebenar penulisan post ini?
Tanya sama akal & minda kita...

Suatu masa dulu,
kita merancang suatu impian untuk masa depan kita.
Hari ini apa yang kita rancang itu menjadi milik kita,
Namun,
adakah kepuasan itu milik kita?
Aadakah kita betul2 menghargai apa yg kita ada?
adakah apa yang kita rancang suatu masa dulu yg paling baik utk kita?

Kadang-kadang apa yg kita inginkn tidak 100% dicapai..
Namun apakah yang kita miliki sekarang dihargai 100%?
Manusia mmg tdk pernah puas.
Mengejar kekayaan & kebahagian...

Adakah kekayaan itu seiring dgn kebahagian?
Fikir-fikirkan..
Selamat Beramal.

posted under | 0 Comments

Something that YOU Should Know

KASPERSKY INTERNET SECURITY 2010

Complete Internet security protection for home or small office

The most advanced Internet security with premium protection from viruses, spyware and all malware threats.

  • Protects against viruses, spyware, Trojans, rootkits, bots and more
  • Advanced up-to-the-second protection from Internet attacks
  • Built for fast, optimal PC performance
  • Comprehensive identity theft and phishing protection
  • Ideal for banking, shopping and surfing online
  • Powerful anti-spam and two-way firewall
  • Parental and privacy controls
  • Free technical support

Price for 1 user & 1 year activation

1. Retails price : rm80

2. UMP students price: rm30

Mengapa wujud perbezaan yang ketara?

Pembelian kaspersky dipasaran dijual bersama Kotak kaspersky, CD installer kaspersky & Kaspersky Activation code yang dilekatkan dihadapan sarung CD. Kotak & CD installer menyebabkan kos meningkatkan melalui packaging yang kelihatan menarik. Adakah kotak & CD itu penting? Jawapannya TIDAK.

Situasi kita

1. Suka pakai barang percuma

2. Suka beli barang cetak rompak berbanding dengan yang asli@original

Barang percuma selalunya tidak dihargai kerana tiada nilai. Barang cetak rompak tidak berkualiti berbanding dengan yang asli.

Perisian trial @ percuma semestinya tidak menpunyai perlindungan yang menyeluruh. Wujudkah suatu syarikat yang mengeluarkn perisian percuma tanpa member keuntungan kepada mereka? Jawapannya TIDAK. Perisian percuma dibuat sebagai suatu promosi utk jangka masa tertentu. Semestinya jua ia tidak menpunyai perlindungan menyeluruh jika dibandingkan dengan antivirus yang menpunyai lesen original.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Akses ke link ini;

http://usa.kaspersky.com/downloads/trial-versions.php

2. Download Kaspersky Internet Security 2010

3. Activate by Activation Code (rm30 only) untuk menukarkan versi percubaan kepada commercial license

4. Mulakan perlindungan menyeluruh terhadap laptop @ computer anda.

Pembelian & Pembayaran

Hubungi saya di talian 012-7376960 (shaiful)

posted under | 0 Comments

Kita ada pilihan....

Setiap apa yang kita lakukan menpunyai pilihan..betul?

Memilih yang baik dr yg buruk
Memilih Kebahagian berbanding Kesengsaraan,
Memilih Kesenangan berbanding kesusahan,
Memilih Keselesaan berbanding kesempitan....

Betul?
Jadi kenapa bila kita ada pilihan kearah yang lebih baik, kita tidak mahu berubah?
Cukup selesakah dengan apa yang kita ada?
Cukup hebatkah diri kita selama ini sehingga tiada apa pun yang ingin diubah?
Sempurnakah kita sehingga tidak perlu berubah.

Kita selalu mengeluh kepenatan bila bekerja,
Selalu mengeluh yg kita tertekan dengan kerja,
Namun sejauh mana kita merancang untuk berubah?
Tidak bernilai kah diri kita jika kita berhenti kerja & mencari kerja lain?
Risau takut tak dapat kerja lain?
Why? Kata berkualiti...Tapi betul ke ada kualiti?

posted under | 0 Comments

Sangat Pelik...

Sangat banyak pengalaman yang aku lalui, dari bengkel Starting Your Bussines sehinggalah shopping di JUSCO....sangat hebat hari ini, Semoga esok lebih hebat bagiku & rakan2 ku...

Apa yang pelik? Jika kita merasa kita lemah, dan berfikiran negatif, maka kita harus ubah kearah yang lebih baik kan? Tapi kenapa ada ramai diluar sana yang masih belum mahu melakukan perubahan? Yang lebih suka melepak, rileks2 & melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kadang-kadang aku sangat menjadi lebih pelik bilamana manusia yang ditunjukkan jalan untuk lebih baik tapi tidak mengambil peluang. SANGAT RUGI!

Aku memilih untuk membaca buku THE SECRET untuk mengetahui apakah rahsia sebenar tentang THE SECRET. Tapi masih ada yang mengatakan bahawa membaca tidak cukup jika hati tidak mahu berubah. Jadi salah buku or salah diri sendri??????? Buku adalah panduan untuk berubah, membaca bermakna ingin berubah dengan panduan yang betul. Jadi jika tidak membaca?MAKNANYER mmg tidak ada kemahuan untuk berubah.

Ramai sangat takut untuk membeli buku tersebut kerana harganya mahal tapi bukan sangat mahal. Kita lebih suke menghabiskan duit kearah yang lain. Betul?

Please...Jangan mencari alasan untuk berubah.
Tanpa keberanian impian takkan tercapai.

posted under | 0 Comments

Kenali impianku maka kenali impianmu

Bila kita dilahirkan sewaktu kecil, kita tidak tahu apa impian kita...
Bila meningkat dewasa, keadaan sekitar menpengaruhi kehidupan kita,
Bila disekolah guru bertanya apa impian kamu shaiful? Saya nk jadi Penyanyi, Doktor & jurutera....
Bila meningkat dewasa, impian kita mula berubah...
Kenapa ini berlaku?

1. Apabila meningkat dewasa, kita mula berfikir secara komplikated, belum melakukan sesuatu pun kita sudah ketahui bahawa kita tidak mampu lakukan. Kalau dulu waktu kecil kita akan pastikan ayah & ibu memenuhi segala kehendak kita. Apa yang pasti kita nak apa yang kita nak. Betul?

2. Dalam proses meningkat dewasa, kita lebih cenderung melakukan sesuatu mengikut minat kita, apa yang kita tidak sukai pastinya jauh sekali kita akan utamakan. Hasilnya kita sudah jauh dari impian kita waktu kecil.

3. Jika dahulu sewaktu kecil, kita impikan kereta mewah, rumah mewah, isteri mewah..hehehe...tapi bila kita dewasa, kita sedar bahawa kita tidak mampu milik semua itu kerana kita tidak punyai kebebasan kewangan.

Apa yang aku impikan?
1. Kebebasan Kewangan
2. Kebebasan Masa
3. Kebebasan dalam kehidupan mengikut corak tersendiri selagi tidak melampaui batasan agama.

Kebebasan Kewangan? Pentingkah ia?

Apakah makna sebenar kebebasan kewangan? punyai banyak wang?bebas berbelanja?

Situasai pertama

Abu bekerja sebagai engineer yang menpunyai pendapatan rm3000 sebulan. Beliau masih belum berkahwin. Duit gaji beliau digunakan untuk membayar hutang kepada bank. Setelah ditolak duit rumah,kereta, aksesori, perbelanjaan, duit simpanan untuk ayah & mak dikampung, baki gaji belia hanyalah rm500. Adakah ini dipanggil kebebasan kewangan?

Situasi kedua

Syarif merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya, walaupun masih berumur 25 tahun, beliau sangat bijak dalam merancang & menguruskan perniagaannya. Hasilnya beliau memperolehi pendapatan bersih 30k sebulan. Setelah ditolak segala perbelanjaannya, beliau masih menpunyai baki gaji sekitar 23k. Beliau tidak melihat duit sebagai perkara utama dalam kehidupan, prinsip beliau, "Aku akan menguruskan duit & bukan duit menguruskan aku".

Situasi ketiga

Ahmad bekerja sebagai seorang guru disekolah rendah dan memperolehi perndapatan sekitar rm1800 sebulan. Belia hidup dalam keadaan sederhana dan sering mengatakan bahawa duit bukan segalanya. Asalkan hati cukup bahagia. Setelah 3 bulan menjadi guru, ibunya jatuh sakit dan memerlukan duit sebanyak 20k untuk menjalani perubatan. Jika gagal menjalani perubatan ibunya tidak dapat diselamatkan. Akhirnya ahmad sedar bahawa kehidupan memerlukan duit.

Dalam ketiga-tiga situasi diatas, yang mana punyai kebebasan kewangan? Adakah ia penting?TIDAK. Sebenarnya ia SANGAT PENTING!! Pastikan anda punyai kebebasan kewangan untuk lebih bebas.

Next?,....to be continue..ngantuk nie...

posted under | 0 Comments

Aku Sakit tapi tak mahu jumpa doktor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai sahabat ku sekalian,

Bagaimana keadaan kita bila kesakitan?
Senang je..mesti la sakit kan?
Kepedihan yang melampau, rasa macam nak mati je, kalau boleh biarlah cepat sembuh agar kita dapat melakukan kerja seharian kita lebih baik. Kebanyakkan orang bila sakit baru akan berjumpa dengan doktor untuk minta ubat kan? Bila rasa sakit gigi baru kita mula melangkah ke klinik gigi. Tapi sangat bagus la, sekurang-kurangnya kita berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang perubatan untuk memberi khidmat nasihat ataupun ubat-ubatan. Betul?

Bersama kita lebih fokus ke arah tajuk posting pada kali ini iaitu "Aku Sakit tapi tidak mahu jumpa doktor" atau dengan lebih mudah lagi Aku tidak mahu mengubati kesakitan tersebut kerana aku cukup selesa dengan kesakitan itu. Bunyi macam pelik kan? Kita lihat beberapa situasi yang sy akan senaraikan dibawah:

Situasi Pertama

Ahmad merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Malaysia Pahang. Dia sedar yang dia menghadapi masalah untuk mengingat formula kimia mahupun rumus-rumus tertentu. Namun sikap beliau yang sambil lewa dan tidak kisah membuatkan beliau tidak cuba untuk memperbaiki ingatannya.

Situasi Kedua


Shaiful merupakan seorang jurutera kimia disebuah syarikat multi nasional. Beliau merupakan seorang yang petah berkata-kata & bijak untuk meyakinkan orang. Namun dia menpunyai masalah dalam perhubungan dengan kawan-kawan akibat dari sikapnya yang cepat melatah & suka bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Beliau sedar bahawa itu adalah kelemahan yang akan merosakkan dirinya. Namun disebabkan beliau masih belum bersedia untuk berubah, maka dia kekal dalam keadaan sedemikian.

Sebenarnya 2 situasi diatas cukup jelas kepada kita bahawa setiap kesakitan( Kelemahan) itu harus diubati( diperbaiki). Kita tidak perlu mencari alasan bagi mengelak untuk berubah. Malang sekali bagi manusia yang tahu dirinya sakit tapi tidak mahu berubat, mengetahui kelemahan tetapi tidak mahu memperbaiki umpama hidup segan mati tak mahu.

Kesimpulannya, untuk berubah tidak perlu 1001 alasan, anda hanya perlu 1 langkah untuk berubah. IMPOSSIBLE? No..... IM Possible!!

posted under | 0 Comments

MINDSET & jiwa yg besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, aku baru balik dr Teambonding kt Hulu Langat hari ni. Kepenatan yang teramat sgt2 tapi kepuasan jelas terpancar diwajah setiap insan yang menghadiri event kali ini. Bukan sekadar keseronokkan semata-mata yang menjadi matlamat utama, tetapi disebaliknya ada sesuatu yg kita semua perlu ada. Posting kali ini aku tidak mahu fokus pada setiap satu slot yg dikendalikan oleh Sahabat2 tetapi lebih menitikberatkan intipati program yg terarah kepada MINDSET.

Anda pernah main permainan mendirikan 12 paku diatas 1 paku yang diletakkan secara menegak? Kebanyakkan org pertama kali akan mengatakan ia mustahil. Kenapa? Sebab MINDSET diaorg kecil. Mereka lebih senang menghakimi bahawa itu mustahil daripada memikirkan cara yang mampu menyelesaikan permainan tersebut. Sebenarnya, setiap perkara itu kita mampu lakukan bilamana kita memberi peluang & ruang pada diri kita. Dengan tunjuk ajar yang baik, InsyaAllah semua orang mampu.

Satu permainan yang kebiasaan org main adalah bergayut dr satu tiang ke satu tiang sehingga kehujung. Dan kebanyakan org akan berjaya ke sana. Betul kn? Kami namakan permainan ini sebagai Pautan Sirat. Yang mana setiap org akan cuba untuk sampai ke penghujung, tetapi keunikannya ialah sepanjang laluan tersebut akan ada pengacau2 yang menyimbah air yang bertindak sebagai gangguan. Motif permainan? Kita lihat dr makna tersirat,semua orang mampu sampai ke penghujung (KEJAYAAN)secara logik akal. Namun jikalau semua orang berjaya, menampakkan sangat bahawa kejayaan itu terlalu mudah & tidak begitu bernilai. Dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan melalui pelbagai cabaran & halangan, hanya orang yang ada ketahanan tinggi (MINDSET) & fokus yang tinggi akan sampai ke penghujung.

Begitulah kehidupan, yang berjaya survive akan terus bertahan. Yang lemah akan gagal & terus gagal. Namun, kita yang meletakkan diri kita samada tergolong dalam orang yang berjaya atau gagal. Dan semuanya adalah.............MINDSET!!!

posted under | 0 Comments

Dr Buletin Board Along Najib

AKU DAN KALIAN

Dimanakah cinta kalian
Di kala aku memerlukan
Malam hari kalian ke masjid
Sedang di jalanan aku merempit
Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran
Sedang aku dibiarkan tanpa panduan Al-Quran
Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan
Sedang aku bersama rakan berpeleseran
Heboh kalian bercerita bab kemungkaran
Sedang aku riang ria dibiarkan mencuri sakan
Bersusah payah kalian mencari redha tuhan
Hinggakan aku dipandang hina tanpa kasihan
Perempuan motor dan rokok menjadi teman
Kerana kalian terlalu agung untuk diteman
Ana enta kalian berkasih sayang
Sedang aku berabang sayang
Syurga menjadi matlamat kalian
Hingga aku ke neraka kalian lupakan
Cinta kepada tuhan kalian kejarkan
Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian
Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian
Sedang aku dibiarkan tanpa tahu kewujudan?
Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan
Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?
Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman
Sedang aku berpesta siang malam laki perempuan
Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian
Sedang aku dibiarkan maharajalela di jalanan?
Kalian begitu selesa
Sedang aku sengsara
Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian

posted under | 0 Comments

Meniti harapan mencari kepastian..

Indahnya sebuah kehidupan jika kita punyai suatu harapan yang tinggi yang sentiasa mendorong kita melakukan yang terbaik dalam kehidupan kita. Impian & harapan bukan lah suatu angan2 yang tidak punyai apa2 makna. Manusia yang hidup tanpa impian untuk merubah diri umpama manusia yang tidak punya cita2 & matlamat hidup yang jelas. Kesangsian akan sentiasa meragui mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Dan akhirnya kualiti kerja yang tidak ada mutu. Mereka hanya melakukan sesuatu perkara sekadar pelengkap kehidupan didunia ini.

Meniti sebuah harapan bukan lah suatu perkara yang mudah, kita akan sentiasa diuji dalam setiap gerak geri kita. Ujian & dugaan inilah yang akan menguatkan diri kita. Harapan tidak menjanjikan sebuah kepastian yang jelas, namun harapan yang kuat akan memacu kehendak kita kearah kualiti idup yang tinggi. Manusia yang punyai harapan akan sentiasa melakukan yang terbaik demi mengapai apa yang diharapkan. kegagalan dihadapan tidak pernah difikirkan, apa yang mereka tahu, mereka mampu buat untuk mencapai apa yang mereka harapkan. Lakukan yang terbaik demi harapan yang paling baik. Biar apa orang kata, apa cacian mereka yang penting usaha yang terbaik. Masa hadapan bukanlah sesuatu yang telah dicatatkn mahupun tersurat, kita sebenarnya mencorak masa hadapan kita. Mengalah tidak bererti menunduk kalah, tetapi menghormati pihak lain demi menjaga persaudaraan.

Usah bicara soal perjuangan jika takut kecundang ditengah jalan. Perjuangan harus diteruskan sehingga ke saat akhir.....

Yakin & Percayalah pada dirimu, jika kamu tidak percaya pada dirimu, masakan orang lain boleh percaya padamu.

posted under | 0 Comments

waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan

malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta

mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh

apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

posted under | 1 Comments

Erti sebuah pekerjaan...

Seronok kejer? or seronok blajar?

Dulu..waktu aku tgh blajar, aku rasa serabut ngat blajar ni.. nk kena maintain pointer (maintain kah?), buat assignment, tutorial,,...mcm2 nk kena buat... Ngan PSM (Projek Sarjana Muda)....Plant Design.... Macam2 nk kena buat dalam satu masa... Waa..sgt serabut..klu de makwe time tue...InsyaAllah boleh clash...mmg de yg clash pun....time tue aku pikir bila la nk keje.. nk relaks2 plak..dah malas ngadap buku.. tul tk kawan2 yg dh keje?dulu kita semua tk sabar2 nk keje kn? yela nk jadi engineer katakan...4 tahun lebih blajar...semua nk keje...seronok kah keje?

Sebenarnya & sejujurnya...
Keseronokkan semuanya bergantung kepada kita, kita yg mendefinisikan erti keseronokkan tersebut..Kenapa kita seronok bila kita tgk citer klakar? Sbb kita melihat dgn penuh minat & fokus yang tggi..Sama je bila kita keje, bila kita buat benda yang kita minat, penuh fokus & suka apa yang kita buat.. Hasilnya adalah keseronokkan dalam bekerja...Penat? mana ada buat perkara yang kita tak penat..dah nama nya keje mesti la penat tapi yg penting kita puas... Study pun penat gak kn? Penat otak berfikir..so semuanya sama je....

posted under | 0 Comments

Motor ku teman sejati ke johnson & johnson....

salam..
kawan2...
hehehe..sori xleh upload gambar motor baru...

1st day kluar 14 Mei 2009..........
2nd day kilometer dh 100 km lebih..
3rd day dah 460km.. Hebat?hehehehe...

1st time bawak motor dr JB ke Petaling Jaya..
Perjalanan yang menyeronokkan....
Cabaran....
Suatu ketenangan melihat kehijauan dikiri & kanan (seblm masuk KL)

Motor ku..
hehehhee...
jom2 gi keje nek motor..
Rempit!
hehehe...

posted under | 1 Comments

Meniti MIMPI kemelut politik perak..

Bila la isu ini akan selesai?
Ir Nizar telah di sahkan MB... Alhamdulillah...
Namun hari ini, lain pulak ceritanyer....

Masih belum puaskah kamu?
masih belum mengertikah kamu?
masih belum fahamkah siapa yang diberi mandat?

Wahai para pimpinan, isu ini sangat mudah diselesaikan..
Bubarkan DUN Perak,
Kita buat pilihanraya negeri..
Mengapa anda takut?
Bukankah anda memang suka dgn pilihanraya kecil?
Namun kali ini kelihatan anda mengelak?
WHY?
Raja adil raja disembah.
Pemimpin adil pasti akan dipilih kembali..

Usar gusar..
jawatan itu giliran,
bukan hak peribadi...
Jika anda telah jalankan amanah dengan baik,
Kenapa anda risau?
hentikan kemelut politik ini..
utamakan kepentingan rakyat....

Ya ALLAH..
Bantulah mereka yang berjuang menegakkan AGAMA MU...
ISLAM..
Yang benar, akan terbukti jua...
Yang rasuah, akan terbuka jua...

posted under | 2 Comments
Older Posts

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments