MINDSET & jiwa yg besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, aku baru balik dr Teambonding kt Hulu Langat hari ni. Kepenatan yang teramat sgt2 tapi kepuasan jelas terpancar diwajah setiap insan yang menghadiri event kali ini. Bukan sekadar keseronokkan semata-mata yang menjadi matlamat utama, tetapi disebaliknya ada sesuatu yg kita semua perlu ada. Posting kali ini aku tidak mahu fokus pada setiap satu slot yg dikendalikan oleh Sahabat2 tetapi lebih menitikberatkan intipati program yg terarah kepada MINDSET.

Anda pernah main permainan mendirikan 12 paku diatas 1 paku yang diletakkan secara menegak? Kebanyakkan org pertama kali akan mengatakan ia mustahil. Kenapa? Sebab MINDSET diaorg kecil. Mereka lebih senang menghakimi bahawa itu mustahil daripada memikirkan cara yang mampu menyelesaikan permainan tersebut. Sebenarnya, setiap perkara itu kita mampu lakukan bilamana kita memberi peluang & ruang pada diri kita. Dengan tunjuk ajar yang baik, InsyaAllah semua orang mampu.

Satu permainan yang kebiasaan org main adalah bergayut dr satu tiang ke satu tiang sehingga kehujung. Dan kebanyakan org akan berjaya ke sana. Betul kn? Kami namakan permainan ini sebagai Pautan Sirat. Yang mana setiap org akan cuba untuk sampai ke penghujung, tetapi keunikannya ialah sepanjang laluan tersebut akan ada pengacau2 yang menyimbah air yang bertindak sebagai gangguan. Motif permainan? Kita lihat dr makna tersirat,semua orang mampu sampai ke penghujung (KEJAYAAN)secara logik akal. Namun jikalau semua orang berjaya, menampakkan sangat bahawa kejayaan itu terlalu mudah & tidak begitu bernilai. Dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan melalui pelbagai cabaran & halangan, hanya orang yang ada ketahanan tinggi (MINDSET) & fokus yang tinggi akan sampai ke penghujung.

Begitulah kehidupan, yang berjaya survive akan terus bertahan. Yang lemah akan gagal & terus gagal. Namun, kita yang meletakkan diri kita samada tergolong dalam orang yang berjaya atau gagal. Dan semuanya adalah.............MINDSET!!!

posted under |

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments