Kita ada pilihan....

Setiap apa yang kita lakukan menpunyai pilihan..betul?

Memilih yang baik dr yg buruk
Memilih Kebahagian berbanding Kesengsaraan,
Memilih Kesenangan berbanding kesusahan,
Memilih Keselesaan berbanding kesempitan....

Betul?
Jadi kenapa bila kita ada pilihan kearah yang lebih baik, kita tidak mahu berubah?
Cukup selesakah dengan apa yang kita ada?
Cukup hebatkah diri kita selama ini sehingga tiada apa pun yang ingin diubah?
Sempurnakah kita sehingga tidak perlu berubah.

Kita selalu mengeluh kepenatan bila bekerja,
Selalu mengeluh yg kita tertekan dengan kerja,
Namun sejauh mana kita merancang untuk berubah?
Tidak bernilai kah diri kita jika kita berhenti kerja & mencari kerja lain?
Risau takut tak dapat kerja lain?
Why? Kata berkualiti...Tapi betul ke ada kualiti?

posted under | 0 Comments

Sangat Pelik...

Sangat banyak pengalaman yang aku lalui, dari bengkel Starting Your Bussines sehinggalah shopping di JUSCO....sangat hebat hari ini, Semoga esok lebih hebat bagiku & rakan2 ku...

Apa yang pelik? Jika kita merasa kita lemah, dan berfikiran negatif, maka kita harus ubah kearah yang lebih baik kan? Tapi kenapa ada ramai diluar sana yang masih belum mahu melakukan perubahan? Yang lebih suka melepak, rileks2 & melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kadang-kadang aku sangat menjadi lebih pelik bilamana manusia yang ditunjukkan jalan untuk lebih baik tapi tidak mengambil peluang. SANGAT RUGI!

Aku memilih untuk membaca buku THE SECRET untuk mengetahui apakah rahsia sebenar tentang THE SECRET. Tapi masih ada yang mengatakan bahawa membaca tidak cukup jika hati tidak mahu berubah. Jadi salah buku or salah diri sendri??????? Buku adalah panduan untuk berubah, membaca bermakna ingin berubah dengan panduan yang betul. Jadi jika tidak membaca?MAKNANYER mmg tidak ada kemahuan untuk berubah.

Ramai sangat takut untuk membeli buku tersebut kerana harganya mahal tapi bukan sangat mahal. Kita lebih suke menghabiskan duit kearah yang lain. Betul?

Please...Jangan mencari alasan untuk berubah.
Tanpa keberanian impian takkan tercapai.

posted under | 0 Comments

Kenali impianku maka kenali impianmu

Bila kita dilahirkan sewaktu kecil, kita tidak tahu apa impian kita...
Bila meningkat dewasa, keadaan sekitar menpengaruhi kehidupan kita,
Bila disekolah guru bertanya apa impian kamu shaiful? Saya nk jadi Penyanyi, Doktor & jurutera....
Bila meningkat dewasa, impian kita mula berubah...
Kenapa ini berlaku?

1. Apabila meningkat dewasa, kita mula berfikir secara komplikated, belum melakukan sesuatu pun kita sudah ketahui bahawa kita tidak mampu lakukan. Kalau dulu waktu kecil kita akan pastikan ayah & ibu memenuhi segala kehendak kita. Apa yang pasti kita nak apa yang kita nak. Betul?

2. Dalam proses meningkat dewasa, kita lebih cenderung melakukan sesuatu mengikut minat kita, apa yang kita tidak sukai pastinya jauh sekali kita akan utamakan. Hasilnya kita sudah jauh dari impian kita waktu kecil.

3. Jika dahulu sewaktu kecil, kita impikan kereta mewah, rumah mewah, isteri mewah..hehehe...tapi bila kita dewasa, kita sedar bahawa kita tidak mampu milik semua itu kerana kita tidak punyai kebebasan kewangan.

Apa yang aku impikan?
1. Kebebasan Kewangan
2. Kebebasan Masa
3. Kebebasan dalam kehidupan mengikut corak tersendiri selagi tidak melampaui batasan agama.

Kebebasan Kewangan? Pentingkah ia?

Apakah makna sebenar kebebasan kewangan? punyai banyak wang?bebas berbelanja?

Situasai pertama

Abu bekerja sebagai engineer yang menpunyai pendapatan rm3000 sebulan. Beliau masih belum berkahwin. Duit gaji beliau digunakan untuk membayar hutang kepada bank. Setelah ditolak duit rumah,kereta, aksesori, perbelanjaan, duit simpanan untuk ayah & mak dikampung, baki gaji belia hanyalah rm500. Adakah ini dipanggil kebebasan kewangan?

Situasi kedua

Syarif merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya, walaupun masih berumur 25 tahun, beliau sangat bijak dalam merancang & menguruskan perniagaannya. Hasilnya beliau memperolehi pendapatan bersih 30k sebulan. Setelah ditolak segala perbelanjaannya, beliau masih menpunyai baki gaji sekitar 23k. Beliau tidak melihat duit sebagai perkara utama dalam kehidupan, prinsip beliau, "Aku akan menguruskan duit & bukan duit menguruskan aku".

Situasi ketiga

Ahmad bekerja sebagai seorang guru disekolah rendah dan memperolehi perndapatan sekitar rm1800 sebulan. Belia hidup dalam keadaan sederhana dan sering mengatakan bahawa duit bukan segalanya. Asalkan hati cukup bahagia. Setelah 3 bulan menjadi guru, ibunya jatuh sakit dan memerlukan duit sebanyak 20k untuk menjalani perubatan. Jika gagal menjalani perubatan ibunya tidak dapat diselamatkan. Akhirnya ahmad sedar bahawa kehidupan memerlukan duit.

Dalam ketiga-tiga situasi diatas, yang mana punyai kebebasan kewangan? Adakah ia penting?TIDAK. Sebenarnya ia SANGAT PENTING!! Pastikan anda punyai kebebasan kewangan untuk lebih bebas.

Next?,....to be continue..ngantuk nie...

posted under | 0 Comments

Aku Sakit tapi tak mahu jumpa doktor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai sahabat ku sekalian,

Bagaimana keadaan kita bila kesakitan?
Senang je..mesti la sakit kan?
Kepedihan yang melampau, rasa macam nak mati je, kalau boleh biarlah cepat sembuh agar kita dapat melakukan kerja seharian kita lebih baik. Kebanyakkan orang bila sakit baru akan berjumpa dengan doktor untuk minta ubat kan? Bila rasa sakit gigi baru kita mula melangkah ke klinik gigi. Tapi sangat bagus la, sekurang-kurangnya kita berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang perubatan untuk memberi khidmat nasihat ataupun ubat-ubatan. Betul?

Bersama kita lebih fokus ke arah tajuk posting pada kali ini iaitu "Aku Sakit tapi tidak mahu jumpa doktor" atau dengan lebih mudah lagi Aku tidak mahu mengubati kesakitan tersebut kerana aku cukup selesa dengan kesakitan itu. Bunyi macam pelik kan? Kita lihat beberapa situasi yang sy akan senaraikan dibawah:

Situasi Pertama

Ahmad merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Malaysia Pahang. Dia sedar yang dia menghadapi masalah untuk mengingat formula kimia mahupun rumus-rumus tertentu. Namun sikap beliau yang sambil lewa dan tidak kisah membuatkan beliau tidak cuba untuk memperbaiki ingatannya.

Situasi Kedua


Shaiful merupakan seorang jurutera kimia disebuah syarikat multi nasional. Beliau merupakan seorang yang petah berkata-kata & bijak untuk meyakinkan orang. Namun dia menpunyai masalah dalam perhubungan dengan kawan-kawan akibat dari sikapnya yang cepat melatah & suka bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Beliau sedar bahawa itu adalah kelemahan yang akan merosakkan dirinya. Namun disebabkan beliau masih belum bersedia untuk berubah, maka dia kekal dalam keadaan sedemikian.

Sebenarnya 2 situasi diatas cukup jelas kepada kita bahawa setiap kesakitan( Kelemahan) itu harus diubati( diperbaiki). Kita tidak perlu mencari alasan bagi mengelak untuk berubah. Malang sekali bagi manusia yang tahu dirinya sakit tapi tidak mahu berubat, mengetahui kelemahan tetapi tidak mahu memperbaiki umpama hidup segan mati tak mahu.

Kesimpulannya, untuk berubah tidak perlu 1001 alasan, anda hanya perlu 1 langkah untuk berubah. IMPOSSIBLE? No..... IM Possible!!

posted under | 0 Comments

MINDSET & jiwa yg besar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, aku baru balik dr Teambonding kt Hulu Langat hari ni. Kepenatan yang teramat sgt2 tapi kepuasan jelas terpancar diwajah setiap insan yang menghadiri event kali ini. Bukan sekadar keseronokkan semata-mata yang menjadi matlamat utama, tetapi disebaliknya ada sesuatu yg kita semua perlu ada. Posting kali ini aku tidak mahu fokus pada setiap satu slot yg dikendalikan oleh Sahabat2 tetapi lebih menitikberatkan intipati program yg terarah kepada MINDSET.

Anda pernah main permainan mendirikan 12 paku diatas 1 paku yang diletakkan secara menegak? Kebanyakkan org pertama kali akan mengatakan ia mustahil. Kenapa? Sebab MINDSET diaorg kecil. Mereka lebih senang menghakimi bahawa itu mustahil daripada memikirkan cara yang mampu menyelesaikan permainan tersebut. Sebenarnya, setiap perkara itu kita mampu lakukan bilamana kita memberi peluang & ruang pada diri kita. Dengan tunjuk ajar yang baik, InsyaAllah semua orang mampu.

Satu permainan yang kebiasaan org main adalah bergayut dr satu tiang ke satu tiang sehingga kehujung. Dan kebanyakan org akan berjaya ke sana. Betul kn? Kami namakan permainan ini sebagai Pautan Sirat. Yang mana setiap org akan cuba untuk sampai ke penghujung, tetapi keunikannya ialah sepanjang laluan tersebut akan ada pengacau2 yang menyimbah air yang bertindak sebagai gangguan. Motif permainan? Kita lihat dr makna tersirat,semua orang mampu sampai ke penghujung (KEJAYAAN)secara logik akal. Namun jikalau semua orang berjaya, menampakkan sangat bahawa kejayaan itu terlalu mudah & tidak begitu bernilai. Dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan melalui pelbagai cabaran & halangan, hanya orang yang ada ketahanan tinggi (MINDSET) & fokus yang tinggi akan sampai ke penghujung.

Begitulah kehidupan, yang berjaya survive akan terus bertahan. Yang lemah akan gagal & terus gagal. Namun, kita yang meletakkan diri kita samada tergolong dalam orang yang berjaya atau gagal. Dan semuanya adalah.............MINDSET!!!

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments