T.O.T kem jatidiri matriks melaka --- lama dh nie..

Possing je diaorg nie


Kak long & ateh


Atun, Me & Emma


Bakal Ayah org (",)


Muka seposen

Kadang2 seronok bila tgk picture lama..
Semua muka poyo..
haha..
tapi tue kan kenangan..
dengan beraktiviti..
mcm2 memori kita ada..
bukan setakat memori..
Pengalaman dalam kepimpinan..
Pembinaan karekter..
Yang jauh lebih bagus dari hadir bengkel2 pembangunan insaniah...
tul tk kawan2?

Setuju ar..
hehe..

Sekuntum Mawar Berduri --- Khas utk my brother Izzat

Bunga itu memang cantik kan?
Sangat cantik...
Tapi kalau dipetik ia akan layu..
Dibiar akan kehilangan...
Apa harus kau buat?

Wahai sahabat, coretan ini khas untuk seseorang, yang aku sanjungi, hormati malah teramat aku kagumi. Namun aku masih kabur, kurang kepastian, adakah ia akan jadi milik ku. Dari sebuah persahabatan, ia bertukar kepada sebuah hubungan yang dipanggil percintaan. Namun sejauh mana ia akan kekal? Bunga itu memang cantik, tetapi ia berduri. Sewaktu aku ingin memetiknya, aku cukup berhati-hati. Sekarang bila ku milikinya, aku harus jaga ia supaya tidak layu. Ada 2 option yang sebenarnya harus aku pilih. Biar aku perincikan satu persatu moga kita semua mampu berfikir.

1. Aku biarkan bunga itu ditangkainya tanpa diusik @ dipetik.

Kebiasaannya option ini jarang org pilih. Malah teramat sedikit. Sebab itu kadang2 sebuah persahabatan boleh bertukar kepada rasa cinta. Kerana ada perasaan ingin memiliki. Bukan sekadar berkawan. Malah kita rasa kita tidak mahu kehilangannya. Sebab itu ada percubaan untuk memikat hati si bunga idaman. Membiarkan bunga tanpa dipetik ibarat memberi peluang pada kumbang yang lain untuk hinggap pada bunga yg sama. Memang sukar utk memilih option ini. Walaupun hakikatnya sangat mudah bila kita yakin dgn satu pegangan...Telah ada jodoh untuk kita. Kenapa mesti dikejar sesuatu yang tdk pasti? kenapa mesti rasa cemburu bila si dia bercerita ttg kawannya yang lain? Adakah kita berhak? Siapa kita? Sedar tak yang sebenarnya kita sndri ramai kawan perempuan,sentiasa berkomunikasi dgn gender yang berlainan. Bila si dia pertikaikan, kita cakap...Kita boleh jaga diri.(Betul ker?)

2. Bunga itu ku petik & jaga dengan baik..

Ini option yang kebanyakkan org pilih. tetapi sedar atau tidak sedar, ia adalah teramat sukar. Seperti bunga, walaupun kita petik, ia masih memerlukan air, oxygen mahupun matahari. Betul atau tidak? Umpamakan semua yg diperlukan itu sbg org sekeliling mereka. kawan2 tidak kira laki-laki atau perempuan. Itu Fitrah kehidupan, kita tdk mampu mengekang. Yang paling utama ialah Kepercayaan pada ketentuan, Ketetapan pada hati kita. Usaha difikir perkara negatif, lapangkn fikiran kita. INGAT! Andai dia milikmu...Lambat atau cepat..Kan pasti jadi milikmu..

Wahai hatiku yang lemah,
Aku memohon agar diberi kekuatan,
Wahai jiwaku yang gusar,
Aku memohon agar diberi ketenangan.

Ya Allah,
jadikan kerinduan ini dlm keberkatan,
Dijauhi dari kemaksiatan,
mahupun dari kelekaan,
Bersabarlah wahai hatiku,
Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
Biar berjauhan,....
Biar tidak bersua....
Biar tidak berhubung...
Asal hati kita bertaut...
Bersatu atas ketentuanNYA...
InsyaAllah...

posted under | 0 Comments

BestLelong.com? Perlu Atau Tidak?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Saya tidak mahu bercerita panjang ttg Bestlelong2.com, kerana sy juga dlm proses menyiapkan blog khusus untuk bestlelong.com. Ini hanya sekadar pengenalan pada sistem Bestlelong.com.

Apa yang bestlelong provide pada kita?

1. Belian prepaid dgn diskaun 3-6%. Cth prepaid rm10 kita beli dgn harga rm9.40 (celcom). So jimat rm0.60. if 100 kali topup dh jimat rm60. 1000 Kali dh jimat rm600. Kelihatan kecil tetapi membawa makna yang besar.

2. Dengan modal hanya rm55 kita mampu membuka 1 power trade bisnes yang boleh menjana pendapatan maksima rm120/day. Bukan skim cepat kaya tetapi bergantung pada usaha anda. INGAT!takde jalan pintas. Please..Jangan berangan.

3. Kemudahan belian segala jenis produk dgn harga lelong.

Apa yang anda kena buat bila mendaftar sbg ahli Bestlelong?

1. Anda akan dpt link website promotion ats id anda. then Start promote.
2. Sesiapa yang mendaftar melalui link anda automatik menjadi direct downline anda.
3. Follow up mereka untuk aktifkn akaun melalui membuat pembayaran.

Mengapa perlu join?
1. Anda pakai prepaid...postpaid...so jadikan phone anda sbg penjana pendapatan.
2. bestlelong masih lagi baru, so anda still sbg perintis.
3. Anda patut ada bisnes sampingan.

Untuk details anda bley klik SINI

Untuk pertanyaan just contact sy.

posted under | 0 Comments

Sofskills?Adakah sekadar hadir kelas?

hmmmm..
Nak cakap lebih salah..
Tak cakap salah..
hahaha..Monolog diriku sendri....

Tapi kenapa aku ckp mcm tue?
How to implement softskill?It's attend only and u can pass? Miss one slot u failure? It' fair?

Tidak kunafikan ia perlu sbg suatu elemen tambahan. tetapi kelulusan, kegagalan, bukan hanya patut diukur melalui bengkel tersebut...

Lecture kita mengajar kita selama 4tahun di UMP. Tetapi hanya kerana tdk hadir bengkel kerana ada program, Mereka menghukum kita gagal. Kenalkah mereka pada kita? Begitu bijaksana kah mereka untuk menilai kita? It's they are softskill master? Up to you to judge...

I support the implementation of softskill to UMp students', in terms of improvement, they also should improve, their management, planning, their staff comunication skills not only force students to attend that slot.

Penceramah semua ok, modal sumer okay..so aku rasa xde masalah sebenarnya.... Tapi bukan la perfect, jika kesilapan itu sentiasa berulang setiap kali program dijalankn...Agak2 perlu penambahbaikn?Mereka patut terima kekurangan....

Kita kan mahasiswa,,bukan dak skolah...
If ada management yang baca this post, xkan aku nk kena extend softskill lagi kan..
Hahaha.. Just opinon je... jangan marah...

posted under | 0 Comments

Hanya kerana KOTAK keaslian dipertikaikan..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Stakat ni ramai tanya..
"Beli Kaspersky ni xde kotak ker? Xde CD?Betul ke license ni ori?"...

Soalan saya...
1. Apa yang ada dalam kotak?----> Cd
2. Apa yang ada dalam cd?--------> Installer
3. Dimana license key@activation code----> Sticker kt belakang sarung cd.

So? Agak2 klu xde kotak & cd leh dpt installer? Adakah anda bayar untuk installer? Tapi kenapa kaspersky pun bagi installer kt Web diaorg? Tk Caya? Klik SINI

Selesai suatu permasalahan kecil. Jadi sebenarnya apa yang anda beli? cd?Installer?Atau license? Yang mana yang original sebenarnya? jawapannya mudah. License key@Activation code la yang original.

So? Selesai 2 permasalah pokok. Bersama kita fikirkan & ubah mentaliti kita. Jangan menunggu hari esk untuk berubah.

Sekian....

posted under | 0 Comments

Kepimpinan Pelapis kita -----> Siapa ANDA?

Pemimpin? memimpin? kepimpinan melalui tauladan...

Semua orang majoriti pernah mendengar perkataan-perkataan tersebut.. tetapi adakah kita cukup faham? atau sekdar menjadi pendengar yang setia? Kita seringkali mengatakan kepimpinan kita tidak kuat, tidak bersih, tidak tulus, lembap dalam pergerakan, malah selamba gila kita mengatakan kepimpinan kita langsung tidak prihatin dengan kita.

Biarkan pergi konsep kepimpinan itu, biarkan berlalu pemimpin demi pemimpin. Yang terutama adalah diri kita. Cukup terpimpin kah kita? Cukup bersediakan kita untuk memimpin? Ramai yang mengatakan calon kita tidak berkualiti. Betul tak? jadi saya tanya pada ANDA. Kenapa anda tidak menjadi calon? Lihat jawapan yang kebiasaan kita dengar:

1. Saya tiada pengalaman dalam kepimpinan.
2. Saya tidak boleh bercakap di khalayak ramai.
3. pointer saya tidak lepas syarat untuk bertanding pilihanraya.
4. Mak saya suh dtg blajar je. Xleh nak aktif.
5. Bagilah org lain bertanding, diaorg lebih hebat.
6. Saya xde masa la untuk semua ni, nanti sy xleh fokus untuk belajar.

Jika ini jawapan yang ANDA berikan, maka ANDA SEBENARNYA yang tidak berkualiti. Sebab ANDA lebih AWAL menolak untuk tidak jadi pemimpin. Sebab ANDA terlalu banyak alasan untuk tidak terlibat. Selayaknya anda TIDAK BERHAK mengatakan mereka tidak berkualiti kerana anda LEBIH PENAKUT dari mereka.

Sahabat-sahabatku,
Anda patut lebih sedar, tidak menuding jari kepada org lain. Lihat lah diri kita, sejauh mana kita melakukan perubahan, sejauh mana sumbangan kita. Jika anda terus begini, sila lihat kesan-kesannya:

1. Anda mungkin hebat dr segi akademik, tetapi adakah anda hebat ketika ditemuduga? Bagaimana confidence level anda? Comunication Skills anda? Your perfomance? Cukupkah hanya sekadar hadir bengkel softskills?

2. Rakan-rakan dimeja kepimpinan banyak ditekan, masa yang sangat terhad, dalam sedar atau tidak sedar mereka telah mampu menghadapi tekanan dgn baik, pengurusan masa yang baik, malah mampu mengawal emosi dgn baik. Tetapi ANDA? Mungkin anda cakap kami pun ada, melalui pembacaan, hadir seminar, tetapi anda harus sedar, theory and practical is not same! The way u speak, ur attitude, ur manner..semuanya akan mencerminkan diri anda.

3. Anda nk minta kerja kan? Pointer ok (lepas la 3.0 kononnya). tetapi sijil?penglibatan anda dalam kokurikulum? Sijil tak pentingkan sbb anda 3.0,3.5 setiap semester kan? Tapi bayangkn ada 3 candidate, kesemuanya pointer lebih kurang dgn anda, tetapi mereka berdua aktif di universiti, agak-agak sapa yang akan perform dlm interview? kamu tahu jawapannya.

4. Anda yang tidak aktif, ada rezki InsyaAllah anda dpt kerja. tetapi jika kemahiran bersosial anda tidak ada, comunication yg cukup2 makan, tetapi anda tidak boleh bekerja dalam satu kumpulan, tidak boleh memimpin, kebarangkalian besar anda tidak mampu untuk beralih ke pangkat yang lebih tinggi. Betul, pangkat, harta & wanita itu hanya didunia. Tapi jangan jadikan ia alasan untuk anda tidak berubah. INGAT! Pangkat=gaji=duit, macam mana nk tanggung keluarga?Anda fikir sndri.

Jangan lah kita terus menghukum orang lain atas kesilapan kita. Muhasabah la diri kita. Semoga kita semua diberi petunjuk.

Sekian,

Shaiful Suliman,
Mantan Kepimpinan Mahasiswa UMP.

posted under | 2 Comments

Multi Level Marketting- Apa Persepsi ANDA?

Assalamualaikum sbg pembuka bicara,

Hari ini kita melihat terlalu banyak MLM yang giat beroperasi. Tetapi sedar atau tidak sedar masih kurang kefahaman yang jelas berkaitan dgn MLM. Malah ada segelintir dikalangan kita yang langsung tidak ambil tahu. Kadang-kadang yang mengambil tahu begitu ghairah menceburkan diri, walhal mereka tidak faham bagaimana konsep perniagaan yang ditawarkn oleh syarikat tersebut. Ada yang bermodalkan rm20,rm10,rm50,rm100 & banyak lagi. Malah ada sampai beribu-ribu ringgit. Tetapi kerana kurang kefahaman yang jelas, mereka dgn mudah di manipulasi oleh Manusia yang tdk bertanggung jawab. Kerana adanya manusia sebegini masyarakat merasa takut untuk terlibat dgn MLM. Jadi Salah SIAPA?

Seringkali kita melihat di surat khabar, internet, mahupun media massa yang lain, syarikat2 MLM ini terus melebarkan informasi supaya masyarakat Malaysia terlibat dgn MLM. Tetapi apakah sebenarnya MLM ini? Secara definisi terlalu banyak. Tersangat banyak. Secara kesimpulan MLM lebih kepada sistem networking. Ada yang mendapat keuntungan dr penambahan ahli baru, dari komisen penjualan ahli-ahli, sistem pairing, terkadang ada yang mengatakan sistem piramid.

Apakah sistem piramid?-------> Kita telusuri petikan dr JAKIM.

Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (Downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada di level atas mereka.

Kesimpulan dari saya......

Terlibat dgn MLM bukan suatu kesalahan @ jatuh hukum HARAM, Yang paling utama, niat anda jelas, perniagaan itu JELAS, produk itu JELAS, Keuntungan yang diperolehi itu JELAS. 9/10 Daripada punca rezki dari perniagaan. Yang paling UTAMA & TERSANGAT UTAMA, Tidak ada JALAN PINTAS untuk anda menjadi KAYA. Teruskan berusaha. MLM suatu jalan perniagaan. You decide. To get it or loose it. Jika MLM itu 100% jatuh hukum HARAM, Kerajaan Malaysia seharusnya tidak memberi Lesen Perniagaan kepada syarikat-syarikat ini.

Sekian,....

Bersama-sama kita fikirkan....

posted under | 0 Comments

1000=rm500

Pertama Sekali JANGAN terpengaruh dgn artikel ini,
Ia ditulis BUKAN untuk MENPENGARUHI tetapi untuk BERFIKIR dgn Baik..

Fahami Dialog dgn Baik:

Shaiful : Jiji, ko pakai prepaid kan?
Jiji : Haah kenapa?
Shaiful : Ko nak tak aku ajak join bisnes? bley beli prepaid dgn diskaun 3-6%. Keahlian rm55 je.
Jiji : Tak nak la, 5% tue kecik je, baik aku beli kt kedai, tak payah pikir2 nk buat MLM. Kedai Prepaid kan banyak. So gi la kedai beli.Xyah kluar duit rm55. Rm 55 banyak tue. Bley beli prepaid rm50.

Shaiful : 5% kecik? Klu prepaid rm10, 5%=50sen. Kalau 1000 kali ko beli prepaid dh jimat rm500. Nilai ko nampak kecik. Tapi secara kolektif banyak. Kos minyak motor, masa ko lagi. Mana banyak rm55 atau rm500?

Jiji : Haah, betul gak apa yang ko ckp. Aku ikut join ngan ko la. Lagipun masuk atau tidak, aku tetap beli prepaid. Baik aku join. Sekurangnya aku leh jimat byk duit.

Untuk makluman lanjut: Klik SINI

posted under | 0 Comments

Untuk UMP Students - Kaspersky License

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Coretan ini ditujukan khas buat mahasiswa/wi UMP berkaitan dgn penjualan license Kaspersky.

Kenapa Perlu Menggunakan license original?
Saya tinggalkn beberapa persoalan & Jawapan untuk anda BERFIKIR.

1) Jika kita merupakan pengeluar antivirus, apakah tujuan kita memperkenalkan freeware @ trial version?
------> Trial mahupun freeware adalah bertujuan sbg suatu promosi dr pihak syarikat untuk memperkenalkan produk mereka.

2) Adakah perisian trial mahupun freeware itu, pihak syarikat memberikan perlindungan secara menyeluruh?
-------> Secara logik akal, jawapannya TIDAK. kalau jawapannya YA, pasti syarikat tersebut Bankrup, kerana tidak mampu membuat keuntungan.

3) Jika kita mengeluarkn license original sekalipun, adakah license itu valid "seumur hidup"?
-------> Setiap license menpunyai jangka hayat tersendiri, seperti license kereta@motor, Kena RENEW gak kan?

4) Ada yang respon supaya download Crack.. Teknologi Canggih?
-------> Adakah Kaspersky juga tidak menpunyai Teknologi untuk mengesan Pirate license? Lu pikir la sndri Bro.. Effect key blacklist? Xleh update. Aku dulu pun slalu gak pakai crack. Tapi leceh asyik blacklist.

5) Rugi ker beli original license?
-------> Brapa duit topup kita belanja dalam sebulan? lebih rm30 kn? Kita rasa rugi tak? tak rugi kan sbb kita slalu bergayut dgn "mak" kn? Tapi untuk beli ori license hanya rm30@rm40 kita rasa rugi kn? ye la bila kena virus kita leh format kn? Tak rugi masa kita? Dalam setahun brapa kali kita format laptop? Especially girl, kebanyakkan format antar kedai. So kena cas rm50-60. Murah kn? Kita tak berkira membeli peralatan peribadi, padahal keselamatan laptop pun salah satu yang penting. Tak kan kita guna je tanpa menjaga kn?

Itulah sedikit pandangan & pendapat saya serta kupasan berkaitan dgn individu yang menggalakkan pengguna crack. Kami final year kt UMP lagi expert pasal benda2 mcm ni bro. Hidup ni tak semudah yang anda fikir. U want something, U should sacrifice something.


Special service for UMP students:

Memandangkan hari kuliah adalah terlalu sibuk, sebarang perkhidmatan untuk tolong install, remove AVG yang tk complete remove, spyware yang dh effect laptop. Anda boleh contact sy pd weekend. Service adalah PERCUMA bergantung kepada Kelapangan ANDA & SAYA.

Types of Kaspersky:

1) Kaspersky Internet Security 2009 ( Complete Protection)

Protect PC/Laptop from
-Viruses & Worms
- Spyware & Trojans
- Hijacking & Botnets
-Identity Theft
- Networks Attacks
- Spam

Price: rm40

2) Kaspersky Antivirus 2009

Protect Pc/Laptop from
-Viruses & Worms
- Spyware & Trojans
- Hijacking & Botnets
-Identity Theft

Price: rm30

Untuk Tempahan, anda boleh hubungi saya:
YM: Putra_syifu86
Skype: syifu86---(lebih diutamakan)
Phone: 012-7376960 ( SMS digalakkan)

Untuk Memudahkan pembayaran bagi Mahasiswi,
Anda boleh bayar kepada:

Zaidatul Akmal
C6-208
Kolej Kediaman 3

License akan diberi Melalui Skype.

posted under | 0 Comments

Adakah hanya Sekadar MIMPI..

Mimpi?
Mayb bg sesetengah orang fenomena biasa..
Tapi pernah tak mimpi anda jadi realiti?
Kadang2 bila kita dh sampai waktunya..
Baru kita sedar yang kita pernah mimpikn perkara tersebut..

Jadi? Adakah ia hanya sekadar MIMPI?
Atau suatu petanda?
Aku pun tak tahu..
Aku tersedar hari ini kerana mimpikan sesuatu..
Yang sgt2 kritikal..
Perlu aku abaikan? Atau biarkan ia hadir bila sampai waktunya?

Ya ALLAH..
Peliharalah hatiku,
Dari menidakkan perancangan MU...
Sekiranya ia baik untuk ku..
Permudahkan la ia bagi..
Sekiranya ia membawa keburukan pada agamaku, urusan dunia..
Maka jauhilah ia dariku..
Sesungguhnya perancangan yang terbaik..

Mungkin mimpi ini aku anggap sebagai suatu petunjuk...
Yang perlu untuk aku kaji sedalamnya..
Thanks u ALLAH..

posted under | 0 Comments

Royal debate 2006 - UNIMAS









posted under | 0 Comments

Coretan PERTAMA---> CHEST




Assalamuaalaikum & Salam Sejahtera,
Ini wardah pertama yang mampu aku coretkan dari segi perkongsian pengalaman, penceritaan & sedikit rumusan dari diri yang daif.

Gambar-gambar diatas semua waktu Program Family Day CHEST.. Waktu tue aku pegang Exco Ekonomi & Keusahawan CHEST sesi 2005/2006. Aku br 1st year... Masih kurang pengalaman dalam pengurusan, kepetahan bercakap pun masih kurang. Banyak pengalaman yang lepas kadang menghantui aku untuk lebih aktif. Tapi sampai bila harus pandang ke belakang?

CHEST sblm tue dipimpin oleh Saudara Najib Razali, Menamatkan sesi bersama CHEST untuk berjuang lebih ke depan. Menjadi calon "favourite" MPP... Akhirnya menang dgn undi tertinggi. Tapi aku xnk ciiter pasal tue. Nanti dia makin bongkak. Hahaha.. Dia ada agi menyemak kt UMP... Extend..ups.. Sambung Master la.. Jangan marah..

Najib adalah salah seorg yg memberi ruang & galakkan utk aku aktif. So aku try bertanding sbg MT CHEST. Ya..ada senior kata..kamu masih budak...bg peluang kt senior.. Bg aku..umur pun kayu ukur, klu kita leh perform..kenapa perlu amik yg lebih tua?hahaha..ayat jahat. Profesional ar senior..

Sepanjang setahun bersama CHEST, aku dpt byk pengalaman.. bimbing dr Bashori (ex-pres), rakan2 MT lain.. semuanya byk membantu..(scene gaduh ngan mamat india..aku lupa dh nama..) sori bro...tp time tue aku nmpk la.. org yg tdk berminat dgn society, tdk komited, sentiasa mencari alasan utk membela diri. Tapi mcm rakan2 lain yg lebih komited dgn kerja, semua sanggup berkorban. Ada yang melihat CHEST sekadar persatuan biasa. Tp bg kepimpinan, ia bukan suatu yang mudah. Hanya yg merasai akan faham.

Aku explain skit ttg pic kt atas..
Sedar atau tdk..ada dantara mereka yg menjadi MPP, menjadi penyambung generasi CHEST. Semuanya bermula dr langkah yang kecil. Saya tdk minta anda trus menjadi presiden..timb press atau jwtn tggi. Manfaatkn masa yg ada di UMP utk melatih diri kita.

Apa yang kita peroleh dr prog? Penat? Seronok? Kita sebenarnya melatih diri kita utk hidup dlm masyarakat yg profesional. yang melihat sesuatu dr perspektif berbeza. Itulah antar added value yang kita ada.

PM zul (dekan FKKSA) slalu ckp kt kami, "Apa yang ada pada kamu yg tiada pada org lain? kenapa industri perlu pilih kamu"

Anda ada jawapan?
1. Sbb pointer kita tggi?---> bley compete dgn Universiti Mega?
2. Sbb kita amik engineering? Brapa byk chemical engineer yg graduate dlm 1thn?

Apa yang kita ada?
UMP slalu tekan "softskills"...

but how to complete this skills?
from reading?

the answer is NO.

Untuk merubah...
Untuk Berjaya..
Bermula hari ini..
Bermula dr Tahun pertama ijazah..
Bukan tunggu Tahun akhir..
br nk melibatkn diri..
baru nk kumpul sijil..
Baru nk naikkan pointer..
baru nk praktis bercakap..

Kita selalu memendang remeh pada perkara yang kita tdk suka, Padahal ia banyak membawa kebaikan pada kita.

"bukan semua kebiasaan itu betul... Kadang2 yang luar biasa itu lebih membawa manfaat..."

Aku akan explain detail byk benda lagi..
Ini baru mukaddimah..

Sekian...

Shaiful suliman,
Mantan exco ekonomi & keusahawan CHEST 2005/06
Uni. Malaysia Pahang

posted under | 0 Comments

Beli Antivirus Vs Mentaliti Kita


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Aku menulis bukan kerana nama..

Bukan Jua kerana keuntungan..

Aku menulis atas kesedaran..

Kerana rasa ingin mengubah mentaliti kita....


Barang free? Antivirus Free? Guna Crack? Keygen? Makan free?


Ya....itulah mentaliti sebahagian kita, sentiasa ingin PERCUMA..

Tapi ingin perlindungan menyeluruh..


Aku berkata bukan kerana aku ingin keuntungan semata-mata. Margin keuntungan? Tk banyak pun sahabat2 ku.. Buangkn syak wasangka dalam diri kita.


Apa beza free antivirus & berbayar? free antivirus adalah satu bentuk promosi. If bukan promosi, kenapa company AVg, Kaspersky & Panda masih menjual ori license? Tentulah jelas bahawa free antivirus tdk menpunyai perlindungan yang menyeluruh.


Crack & keygen Kaspersky? Cuba fikir... Jika kita disituasi syarikat pengeluar antivirus.. Adakah mereka tdk punyai sistem untuk mengesan penipuan? Betapa jengkelnya pemikiran kita sehingga menolak logik akal.


Ingatlah kawan-kawan, jika anda tidak mengubah mentaliti anda hari ini,....

Ia akan diwarisi oleh anak2 anda.

Untuk tempahan & pembelian,
Contact aku 012-7376960@013-9164157
Skype: syifu86
YM: Putra_syifu86

posted under | 0 Comments

Perniagaan tetap KEUTAMAAN



posted under | 0 Comments

Beijing Memories...






















posted under | 0 Comments

Wat per ek?

Mcm dan byk je blog yg aku buat...

apa tujuan blog nie?
Jiwang?
Politik?
Bisnes?

Hmmm..
jap2..
aku pikir dulu...
xkan nk citer pandangan..
peribadi? xmo ar...
isu semasa?
dah penat dh ngan isu semasa...
apa lg?

Pasal UMP?
tk sempat dah..
cam dh nk kuar dr UMP...
haaaa......
rasanya kongsi pengalaman ok gak kn?
Tapi byk ke pengalaman?
Mcm kerdil je..
takpe2...
nnt flashback kenangan lalu dr tahun 1..
tp bukan yg jiwang2 tau..
yang bermanfaat je..

Jiwang2? Korang cr ar kt tmpt len..
hanyut nanti...
Nk post skrg?
Xleh..
Esk (11/02/09) Pm zul nak jumpa..
hehe..

Untuk ilang2 busan bley ar sharing..
the more u share..
the more u get....-----> cam familiar je ayat nie..
hahaha..

posted under | 0 Comments

iNILAH aku...

Ya ALLAH...

Aku cuba melakukan yang terbaik untuk diri ku...
Aku sandarkan segala ketentuan kepada MU..
Hidup & Matiku..
Soal Jodohku...
Namun...
Bagaimana aku bisa menjaga hatiku..
Menjaga diriku...

Wahai Tuhan ku..
Aku tiada punya kekuatan..
Tiada punya istiqamah dalam diri..
Aku terkadang kuat..
terkadang sangat lemah..
Bila dalam kesusahan..
Aku dekat dengan Mu..
Bila aku senang..
Jarang benar hati ini rapat dgn MU..

Wahai Yang Maha Esa..
INilah aku..
Insan yang sentiasa dalam kekurangan..
Diriku diuji,
Aku tewas..
Diriku dipuji..
Aku hanyut..
Sampai bila semua ini berterusan...

Wahai jiwa yang lara..
Tetapkan halatuju mu..
Tetapkan hatimu..
Seharusnya kau bina diri mu dahulu..
Sebelum kau bersedia memikul beban lain..

p/s: xleh continue..jd jiwang lak...
hahaha..

posted under | 0 Comments
Newer Posts Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments