Sangat Pelik...
Sangat banyak pengalaman yang aku lalui, dari bengkel Starting Your Bussines sehinggalah shopping di JUSCO....sangat hebat hari ini, Semoga esok lebih hebat bagiku & rakan2 ku...
Apa yang pelik? Jika kita merasa kita lemah, dan berfikiran negatif, maka kita harus ubah kearah yang lebih baik kan? Tapi kenapa ada ramai diluar sana yang masih belum mahu melakukan perubahan? Yang lebih suka melepak, rileks2 & melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Kadang-kadang aku sangat menjadi lebih pelik bilamana manusia yang ditunjukkan jalan untuk lebih baik tapi tidak mengambil peluang. SANGAT RUGI!
Aku memilih untuk membaca buku THE SECRET untuk mengetahui apakah rahsia sebenar tentang THE SECRET. Tapi masih ada yang mengatakan bahawa membaca tidak cukup jika hati tidak mahu berubah. Jadi salah buku or salah diri sendri??????? Buku adalah panduan untuk berubah, membaca bermakna ingin berubah dengan panduan yang betul. Jadi jika tidak membaca?MAKNANYER mmg tidak ada kemahuan untuk berubah.
Ramai sangat takut untuk membeli buku tersebut kerana harganya mahal tapi bukan sangat mahal. Kita lebih suke menghabiskan duit kearah yang lain. Betul?
Please...Jangan mencari alasan untuk berubah.
Tanpa keberanian impian takkan tercapai.
No comments:
Post a Comment