Aku Sakit tapi tak mahu jumpa doktor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai sahabat ku sekalian,

Bagaimana keadaan kita bila kesakitan?
Senang je..mesti la sakit kan?
Kepedihan yang melampau, rasa macam nak mati je, kalau boleh biarlah cepat sembuh agar kita dapat melakukan kerja seharian kita lebih baik. Kebanyakkan orang bila sakit baru akan berjumpa dengan doktor untuk minta ubat kan? Bila rasa sakit gigi baru kita mula melangkah ke klinik gigi. Tapi sangat bagus la, sekurang-kurangnya kita berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang perubatan untuk memberi khidmat nasihat ataupun ubat-ubatan. Betul?

Bersama kita lebih fokus ke arah tajuk posting pada kali ini iaitu "Aku Sakit tapi tidak mahu jumpa doktor" atau dengan lebih mudah lagi Aku tidak mahu mengubati kesakitan tersebut kerana aku cukup selesa dengan kesakitan itu. Bunyi macam pelik kan? Kita lihat beberapa situasi yang sy akan senaraikan dibawah:

Situasi Pertama

Ahmad merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Malaysia Pahang. Dia sedar yang dia menghadapi masalah untuk mengingat formula kimia mahupun rumus-rumus tertentu. Namun sikap beliau yang sambil lewa dan tidak kisah membuatkan beliau tidak cuba untuk memperbaiki ingatannya.

Situasi Kedua


Shaiful merupakan seorang jurutera kimia disebuah syarikat multi nasional. Beliau merupakan seorang yang petah berkata-kata & bijak untuk meyakinkan orang. Namun dia menpunyai masalah dalam perhubungan dengan kawan-kawan akibat dari sikapnya yang cepat melatah & suka bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Beliau sedar bahawa itu adalah kelemahan yang akan merosakkan dirinya. Namun disebabkan beliau masih belum bersedia untuk berubah, maka dia kekal dalam keadaan sedemikian.

Sebenarnya 2 situasi diatas cukup jelas kepada kita bahawa setiap kesakitan( Kelemahan) itu harus diubati( diperbaiki). Kita tidak perlu mencari alasan bagi mengelak untuk berubah. Malang sekali bagi manusia yang tahu dirinya sakit tapi tidak mahu berubat, mengetahui kelemahan tetapi tidak mahu memperbaiki umpama hidup segan mati tak mahu.

Kesimpulannya, untuk berubah tidak perlu 1001 alasan, anda hanya perlu 1 langkah untuk berubah. IMPOSSIBLE? No..... IM Possible!!

posted under |

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments