Meniti harapan mencari kepastian..
Indahnya sebuah kehidupan jika kita punyai suatu harapan yang tinggi yang sentiasa mendorong kita melakukan yang terbaik dalam kehidupan kita. Impian & harapan bukan lah suatu angan2 yang tidak punyai apa2 makna. Manusia yang hidup tanpa impian untuk merubah diri umpama manusia yang tidak punya cita2 & matlamat hidup yang jelas. Kesangsian akan sentiasa meragui mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Dan akhirnya kualiti kerja yang tidak ada mutu. Mereka hanya melakukan sesuatu perkara sekadar pelengkap kehidupan didunia ini.
Meniti sebuah harapan bukan lah suatu perkara yang mudah, kita akan sentiasa diuji dalam setiap gerak geri kita. Ujian & dugaan inilah yang akan menguatkan diri kita. Harapan tidak menjanjikan sebuah kepastian yang jelas, namun harapan yang kuat akan memacu kehendak kita kearah kualiti idup yang tinggi. Manusia yang punyai harapan akan sentiasa melakukan yang terbaik demi mengapai apa yang diharapkan. kegagalan dihadapan tidak pernah difikirkan, apa yang mereka tahu, mereka mampu buat untuk mencapai apa yang mereka harapkan. Lakukan yang terbaik demi harapan yang paling baik. Biar apa orang kata, apa cacian mereka yang penting usaha yang terbaik. Masa hadapan bukanlah sesuatu yang telah dicatatkn mahupun tersurat, kita sebenarnya mencorak masa hadapan kita. Mengalah tidak bererti menunduk kalah, tetapi menghormati pihak lain demi menjaga persaudaraan.
Usah bicara soal perjuangan jika takut kecundang ditengah jalan. Perjuangan harus diteruskan sehingga ke saat akhir.....
Yakin & Percayalah pada dirimu, jika kamu tidak percaya pada dirimu, masakan orang lain boleh percaya padamu.
No comments:
Post a Comment