Sekuntum Mawar Berduri --- Khas utk my brother Izzat

Bunga itu memang cantik kan?
Sangat cantik...
Tapi kalau dipetik ia akan layu..
Dibiar akan kehilangan...
Apa harus kau buat?

Wahai sahabat, coretan ini khas untuk seseorang, yang aku sanjungi, hormati malah teramat aku kagumi. Namun aku masih kabur, kurang kepastian, adakah ia akan jadi milik ku. Dari sebuah persahabatan, ia bertukar kepada sebuah hubungan yang dipanggil percintaan. Namun sejauh mana ia akan kekal? Bunga itu memang cantik, tetapi ia berduri. Sewaktu aku ingin memetiknya, aku cukup berhati-hati. Sekarang bila ku milikinya, aku harus jaga ia supaya tidak layu. Ada 2 option yang sebenarnya harus aku pilih. Biar aku perincikan satu persatu moga kita semua mampu berfikir.

1. Aku biarkan bunga itu ditangkainya tanpa diusik @ dipetik.

Kebiasaannya option ini jarang org pilih. Malah teramat sedikit. Sebab itu kadang2 sebuah persahabatan boleh bertukar kepada rasa cinta. Kerana ada perasaan ingin memiliki. Bukan sekadar berkawan. Malah kita rasa kita tidak mahu kehilangannya. Sebab itu ada percubaan untuk memikat hati si bunga idaman. Membiarkan bunga tanpa dipetik ibarat memberi peluang pada kumbang yang lain untuk hinggap pada bunga yg sama. Memang sukar utk memilih option ini. Walaupun hakikatnya sangat mudah bila kita yakin dgn satu pegangan...Telah ada jodoh untuk kita. Kenapa mesti dikejar sesuatu yang tdk pasti? kenapa mesti rasa cemburu bila si dia bercerita ttg kawannya yang lain? Adakah kita berhak? Siapa kita? Sedar tak yang sebenarnya kita sndri ramai kawan perempuan,sentiasa berkomunikasi dgn gender yang berlainan. Bila si dia pertikaikan, kita cakap...Kita boleh jaga diri.(Betul ker?)

2. Bunga itu ku petik & jaga dengan baik..

Ini option yang kebanyakkan org pilih. tetapi sedar atau tidak sedar, ia adalah teramat sukar. Seperti bunga, walaupun kita petik, ia masih memerlukan air, oxygen mahupun matahari. Betul atau tidak? Umpamakan semua yg diperlukan itu sbg org sekeliling mereka. kawan2 tidak kira laki-laki atau perempuan. Itu Fitrah kehidupan, kita tdk mampu mengekang. Yang paling utama ialah Kepercayaan pada ketentuan, Ketetapan pada hati kita. Usaha difikir perkara negatif, lapangkn fikiran kita. INGAT! Andai dia milikmu...Lambat atau cepat..Kan pasti jadi milikmu..

Wahai hatiku yang lemah,
Aku memohon agar diberi kekuatan,
Wahai jiwaku yang gusar,
Aku memohon agar diberi ketenangan.

Ya Allah,
jadikan kerinduan ini dlm keberkatan,
Dijauhi dari kemaksiatan,
mahupun dari kelekaan,
Bersabarlah wahai hatiku,
Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.
Biar berjauhan,....
Biar tidak bersua....
Biar tidak berhubung...
Asal hati kita bertaut...
Bersatu atas ketentuanNYA...
InsyaAllah...

posted under |

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments