Multi Level Marketting- Apa Persepsi ANDA?

Assalamualaikum sbg pembuka bicara,

Hari ini kita melihat terlalu banyak MLM yang giat beroperasi. Tetapi sedar atau tidak sedar masih kurang kefahaman yang jelas berkaitan dgn MLM. Malah ada segelintir dikalangan kita yang langsung tidak ambil tahu. Kadang-kadang yang mengambil tahu begitu ghairah menceburkan diri, walhal mereka tidak faham bagaimana konsep perniagaan yang ditawarkn oleh syarikat tersebut. Ada yang bermodalkan rm20,rm10,rm50,rm100 & banyak lagi. Malah ada sampai beribu-ribu ringgit. Tetapi kerana kurang kefahaman yang jelas, mereka dgn mudah di manipulasi oleh Manusia yang tdk bertanggung jawab. Kerana adanya manusia sebegini masyarakat merasa takut untuk terlibat dgn MLM. Jadi Salah SIAPA?

Seringkali kita melihat di surat khabar, internet, mahupun media massa yang lain, syarikat2 MLM ini terus melebarkan informasi supaya masyarakat Malaysia terlibat dgn MLM. Tetapi apakah sebenarnya MLM ini? Secara definisi terlalu banyak. Tersangat banyak. Secara kesimpulan MLM lebih kepada sistem networking. Ada yang mendapat keuntungan dr penambahan ahli baru, dari komisen penjualan ahli-ahli, sistem pairing, terkadang ada yang mengatakan sistem piramid.

Apakah sistem piramid?-------> Kita telusuri petikan dr JAKIM.

Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (Downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada di level atas mereka.

Kesimpulan dari saya......

Terlibat dgn MLM bukan suatu kesalahan @ jatuh hukum HARAM, Yang paling utama, niat anda jelas, perniagaan itu JELAS, produk itu JELAS, Keuntungan yang diperolehi itu JELAS. 9/10 Daripada punca rezki dari perniagaan. Yang paling UTAMA & TERSANGAT UTAMA, Tidak ada JALAN PINTAS untuk anda menjadi KAYA. Teruskan berusaha. MLM suatu jalan perniagaan. You decide. To get it or loose it. Jika MLM itu 100% jatuh hukum HARAM, Kerajaan Malaysia seharusnya tidak memberi Lesen Perniagaan kepada syarikat-syarikat ini.

Sekian,....

Bersama-sama kita fikirkan....

posted under |

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments