Kepimpinan Pelapis kita -----> Siapa ANDA?

Pemimpin? memimpin? kepimpinan melalui tauladan...

Semua orang majoriti pernah mendengar perkataan-perkataan tersebut.. tetapi adakah kita cukup faham? atau sekdar menjadi pendengar yang setia? Kita seringkali mengatakan kepimpinan kita tidak kuat, tidak bersih, tidak tulus, lembap dalam pergerakan, malah selamba gila kita mengatakan kepimpinan kita langsung tidak prihatin dengan kita.

Biarkan pergi konsep kepimpinan itu, biarkan berlalu pemimpin demi pemimpin. Yang terutama adalah diri kita. Cukup terpimpin kah kita? Cukup bersediakan kita untuk memimpin? Ramai yang mengatakan calon kita tidak berkualiti. Betul tak? jadi saya tanya pada ANDA. Kenapa anda tidak menjadi calon? Lihat jawapan yang kebiasaan kita dengar:

1. Saya tiada pengalaman dalam kepimpinan.
2. Saya tidak boleh bercakap di khalayak ramai.
3. pointer saya tidak lepas syarat untuk bertanding pilihanraya.
4. Mak saya suh dtg blajar je. Xleh nak aktif.
5. Bagilah org lain bertanding, diaorg lebih hebat.
6. Saya xde masa la untuk semua ni, nanti sy xleh fokus untuk belajar.

Jika ini jawapan yang ANDA berikan, maka ANDA SEBENARNYA yang tidak berkualiti. Sebab ANDA lebih AWAL menolak untuk tidak jadi pemimpin. Sebab ANDA terlalu banyak alasan untuk tidak terlibat. Selayaknya anda TIDAK BERHAK mengatakan mereka tidak berkualiti kerana anda LEBIH PENAKUT dari mereka.

Sahabat-sahabatku,
Anda patut lebih sedar, tidak menuding jari kepada org lain. Lihat lah diri kita, sejauh mana kita melakukan perubahan, sejauh mana sumbangan kita. Jika anda terus begini, sila lihat kesan-kesannya:

1. Anda mungkin hebat dr segi akademik, tetapi adakah anda hebat ketika ditemuduga? Bagaimana confidence level anda? Comunication Skills anda? Your perfomance? Cukupkah hanya sekadar hadir bengkel softskills?

2. Rakan-rakan dimeja kepimpinan banyak ditekan, masa yang sangat terhad, dalam sedar atau tidak sedar mereka telah mampu menghadapi tekanan dgn baik, pengurusan masa yang baik, malah mampu mengawal emosi dgn baik. Tetapi ANDA? Mungkin anda cakap kami pun ada, melalui pembacaan, hadir seminar, tetapi anda harus sedar, theory and practical is not same! The way u speak, ur attitude, ur manner..semuanya akan mencerminkan diri anda.

3. Anda nk minta kerja kan? Pointer ok (lepas la 3.0 kononnya). tetapi sijil?penglibatan anda dalam kokurikulum? Sijil tak pentingkan sbb anda 3.0,3.5 setiap semester kan? Tapi bayangkn ada 3 candidate, kesemuanya pointer lebih kurang dgn anda, tetapi mereka berdua aktif di universiti, agak-agak sapa yang akan perform dlm interview? kamu tahu jawapannya.

4. Anda yang tidak aktif, ada rezki InsyaAllah anda dpt kerja. tetapi jika kemahiran bersosial anda tidak ada, comunication yg cukup2 makan, tetapi anda tidak boleh bekerja dalam satu kumpulan, tidak boleh memimpin, kebarangkalian besar anda tidak mampu untuk beralih ke pangkat yang lebih tinggi. Betul, pangkat, harta & wanita itu hanya didunia. Tapi jangan jadikan ia alasan untuk anda tidak berubah. INGAT! Pangkat=gaji=duit, macam mana nk tanggung keluarga?Anda fikir sndri.

Jangan lah kita terus menghukum orang lain atas kesilapan kita. Muhasabah la diri kita. Semoga kita semua diberi petunjuk.

Sekian,

Shaiful Suliman,
Mantan Kepimpinan Mahasiswa UMP.

posted under |

2 comments:

Sabrina said...

*smiles*

and may i add more, working environment is tougher than university's life and so...those with good soft skills usually can make it through.

if u have experienced the college politics...insyaAllah, you can smile when dealing with office politics.

the world is full of bad people. and having many skills is a must!!

Good point you have there, angah. =)

ShaifulSuliman said...

thanks ceklat..
ada pape just share ek...

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments