Kepimpinan kita-- Idealisme or Hipokrit?

Kepimpinan Kita? Idealisme atau hipokrit?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Coretan ini ada kisahnya, ada permulaannya tetapi sayang..masih belum ada penghujungya. Hari ini kita lihat pelbagai masalah timbul, satu persatu yang lebih membawa kearah kehancuran. Malah tidak kejam jika dikatakan punca utama adalah dari individu itu sendiri.

Apa ertinya sebuah perjuangan? Apa ertinya sebuah kata-kata yang dilontar untuk membuktikan mereka beridealisme? Apakah kayu ukur sebenar yang menguji ketulusan pemimpin kita ini? Hebat berkata-kata? Segak penampilannya? Atau betapa dikenali mereka melalui poster-poster, dan media-media lain?. Perjuangan bukan hanya kata-kata, bukan hanya sekadar tindakan yang menunjukkan kita tidak matang. Memberontak tidak tentu pasal, terkadang menunjukkan sikap biadap pada yang lebih tua. Inikah pemimpin kita? Boikot bilamana tidak setuju. Keluar sidand dewan bilamana tidak sehaluan? Tidak hormat agenda perbincangan? Inikah pemimpian yang kita pilih?

Aku sedar, aku hanya insan kerdil. Yang punya kesilapan mahupun kelemahan. Aku tidak sehebat kalian, petah berbicara, manis dalam pujukan. Namun kalian juga harus sedar, aku memangkah undi dalam pilihanraya lepas. Aku menyokong kalian. Tetapi bukan bermakna mata ini buta, telinga ini pekak & hati ini mati. Perkara yang salah, tetap salah dimataku, tetap tidak enak didengar ditelinga ku malah hatiku sentiasa bicara, “inikah pemimpin yang mewarisi kepimpinan dahulu?”.
Bayangkan jika kepimpinan masa depan mengabaikan terus sejarah kepimpinan dahulu, pandangan pemimpin dahulu dan memulakan sesuatu yang baru semata-mata. Adakah ini yang dinamakan kepimpinan yang berterusan? Waa…egonya kamu..


Ingat lah kepimpinan yang aku pilih, yang rakyat Malaysia pilih…
Kami memilih kamu bukan kerana member jawatan percuma pada kamu,
Bukan member publisiti murahan pada kamu,
Bukan member pakaian mewah2 pada kamu…
Tapi kami memilih kamu sebagai wakil kami..
Sebagai sebuah kerajaan bagi kami..
Tetapi INGAT!!
Bukan bermakna kamu boleh buat sesuatu yg kamu rasa betul pada kamu.
Hubungan sesame manusia perlu dijaga,
Etika perlu dijaga,
Pemimpin yang baik tidak bertindak mengikut emosi,
Tidak melarikan diri dari perbincangan jika tidak setuju,
Malah tidak keluar dewan jika usul ditolak,
Seharusnya kamu tampil dengan suatu resolusi,
Kerana kamu pemimpin yang bijaksana,
Kamu boleh ada berapa ramai penasihat-penasihat menteri yang kamu suka,
TetapI INGAT!!
Keputusan adalah dari jemaah kalian.
Sekian….

p/s: Ini adalah pandangan secara umum.

posted under |

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My photo
Vice President of UMP Student Representative Council (2006-2007) Financial Controller of Students’ Representative Council Beijing Educational Smart Tour 2007 (SRC-BEST ’07) Participate in UMP Research and Innovation Competition 2008 University Debater in Royal Debate Bahasa Melayu Competition throughout Malaysia University [2005&2007] Director of Registration & Special Task of Matriculation Chemical Engineering Seminar (MATRESS ’06) Director of Business & Entrepreneurship Chemical Engineering Society (CHEST) (2005-2006) Deputy Director of Independent Day Celebration 2007 Member of The Institution of Engineer Malaysia (IEM) 1st runner up in UMP Debate Competition (2007)

Followers

Followers


Recent Comments